Di sekolah tinggi Kirin High School, sekumpulan kawan baik
pelajar lelaki seramai 10 yang agak nakal tetapi diminati oleh ramai wanita.
Mereka sering kali bertindak mengikut kehendak hati. Mereka merupakan kawan
baik sejak dari tadika lagi sehinggalah ke sekolah menengah. Selain Dongwoon,
mereka adalah anak yatim sejak kecil lagi dan hidup di sebuah kondominium di
kawasan Incheneon Korea yang dimiliki oleh ibu bapa Dongwoon. Ibu bapa Dongwoon
lah yang menjaga makan minum mereka dan tanggung sekolah mereka. Ibu
Dongwoon merupakan seorang jutawan produk kecantikan dan bapa Dongwoon pula
seorang engineer yang berjaya. Mereka sangat berhati mulia dan membiarkan
kawan-kawan Dongwoon tinggal di kawasan kondominium.
Pada suatu pagi..
“Woi Cepatlah, dah lambat dah ni nak pergi sekolah!” Jerit
Sungjae kepada Minhyuk. Mereka juga teman rapat sejak kecil. “Okay okay! Ishh
cerewet lah kau ni Sungjae. Nak lambat sikit pun tak boleh. Yang lain macam dah
siap kot“ Rungut Minhyuk. Tetiba, kedengaran suara Baekhyun dan Chanyeol,
berjalan seiringan sambil tersenyum kearah mereka. “Yo Minhyuk! Lambat betul
macam siput dah haa..” Perli Chanyeol kepada Minhyuk. Sungjae dan Baekhyun
ketawe terbahak-bahak bagaikan dirasuk hantu. Minhyuk buat muka merajukknya
sambil berkata “Alaa bukan selalu”. “Yelah. Jom lah pergi rumah L.Joe dengan L.
Takut mereka dah gerak dulu” Kata Baekhyun sambil berlari. “Yahh Baekhyun!
Chakkaman!” Jerit Sungjae dengan suara yang agak comel sambil berlari kearah rumah
L dan L.joe. “Yahh chakkaman!” Tetiba dengar suara Sehun dari belakang mereka.
“Jum kita lumba lari!” Jerit Chanyeol yang kebudak-budakkan itu dan jugak
‘Happy Virus’ kepada mereka. Mereka semua berlari kearah rumah L dan L.joe
sambil ketawa keriangan.
“Annyeong!” Jerit Sehun. “lahai lambatnya mereka. See? Dorang
lagi lambat dari aku kot” Kata Minhyuk sambil menjelirkan lidahnya. L.joe
membuka pintu rumah mereka. “Ehh korang, cepatnya. Kami belum habis sarapan
lagi. Kejap laa tunggu L.” Baekhyun menyambung “Alang-alang belum habis, biar
kitorang semua yang habiskan xD “ L mempelawa mereka semua masuk kerumah
kondominium itu. L dan L.joe merupakan saudara dan telah duduk serumah. “hehe
kami lapar la kot” Kata Sehun sambil memegang perutnya. Mereka pun makan
sarapan dengan cepat sekali kerana tidak cukup masa untuk pergi ke sekolah.
“Ehh cepatlah! Takut DongWoon hyung dah tunggu!” Kata Sungjae dengan nada
cemas. “yelah jum”. Mereka kata serentak.
Setibanya di sekolah..
“Haik? Awat lambat ni noe?” Kata JR didepan pintu pagar. Dia
merupakan pengawas yang bertugas di pintu pagar dan untuk ‘meng-cover’
kawan-kawannya. “Ni haa! L yang lambat xD Makan jer tau” Seloroh L.joe sambil
ketawa. “Cepat masuk! Kang Pakcik boroi tu nampak”. Kata JR kepada mereka. “alah
malaslah…rasa nak ponteng jer. “ Rungut Sehun kepenatan. “Hokay! Jum lepak
bilik music. Tak payah masuk kelas” Jerit Minhyuk dan akhirnya dipukul oleh
kawan-kawannya. “Waeyo..? Sakit tau!” “Nak poteng tu diam jelah, jangan kecoh
faham?” Marah JR kepada Minhyuk. “Arrasoyo..” Kata Minhyuk dengan nada merajuk.
“Ehh Sungjae! Meset lah Dongwoon hyung, suruh lepak kat bilik music.” Kata
Chanyeol dengan nada tak sabar. “Boleh main
gitar sekali kat sana”. Kata L dengan nada teruja. “Yelah, aku
pun nak belatih ‘rapping’ aku ni..”
Kata L.joe dan diikuti dengan Minhyuk “Ehh! Ajarlah aku
‘rapping’ sekali. Aku teringin nak jadik macam kau”. Kata Minhyuk yang
amat meminati ‘rapper’ sejak dari sekolah menengah lagi sejak melihat JunHyung
dari Beast.
Di bilik music..
“Eh korang! Cepatlah masuk! Shuuuhhh senyap sikit nanti ada
cikgu nampak!” Kata Dongwoon kepada mereka. Bagi DongWoon, mereka bagaikan
adik-adiknya. Sebab tulah, Dongwoon selalu bawa mereka kerumah bangle miliknya.
Kerana ingin mengingati saat bahagia bersama mereka sebelum dia berpindah ke
Perancis atas urusan bisnes keluarga. “Korang, hyung ada benda nak cakap
ni..Hmm.. Harap korang tak sedih lah lepas Hyung takda kat sini” “Dongwoon
hyung! Apa maksud nya? Takda kat sini? “ Sampuk Sehun tak sabar. “Yelah Hyung!
Nak pergi mana tu? “ Kata L dengan nada sedih. “Sebenarnya Dongwoon Hyung
terpaksa berpindah ke Perancis, atas bisnes keluarganya..” GongChan yang tetiba
masuk ke dalam bilik music itu kelihatan baru lepas nangis dan matanya nampak
kemerahan. “Hyung!! Jangan tinggalkan kitorang!!” Jerit mereka sambil mengelap
air mata. “Kitorang sayang hyung! Hyung bagaikan bapa kitorang yang menjaga
kitorang sejak kecil..” Kata Sungjae. Mereka semua pergi kearah Dongwoon dan
berpelukkan sesame sendiri sambil menangis terutamanya L.Joe kerana baginya
Dongwoon ialah segalanya. Dongwoon telah mengajarnya bermain piano begitu jugak
dengan L, Dongwoon telah membelikan L sebuah gitar yang berjenama tinggi kerana
L telah mendapat tempat pertama didalam pertandingan lumba lari. Gitar itulah
yang telah dijadikan hadiah kepada L atas kemenangannya itu. “kami akan
rindukan Hyung!” Kata Chanyeol sambil teresak-esak tangisannya. “Dalah, Hyung
takkan lupakan adik-adik hyung yang agak nakal dan kebudak-budakkan ini..Janji
dengan Hyung, belajar bersungguh-sungguh, jangan cepat mengalah dan jangan
terlalu nakal di sekolah.Dan hari ni hari terakhir Hyung di Korea. Mian tak
btau awal-awal lagi..” Kata Dongwoon sambil tersenyum. “Orait Hyung! Kitorang
akan tepati janji kitorang! “ Kata JR. “Baiklah, kalau macam tu, hyung
amanahkan korang untuk jaga rumah ‘Banglo kita’ bila hyung di Perancis
nanti.Rumah itu untuk korang semua.’’ “Gomawo hyung!” Jerit Gongchan. “Semoga
kita berjumpa lagi!”
Sebulan kemudian..
Ketika mereka sedang melepak di kantin, mereka kelihatan
keletihan selepas penat belajar di dalam kelas, kini tibanya waktu balik.
Mereka hanya pergi ke kantin kerana menemankan L yang selalu kelaparan. “L!
Kurangkanlah makan tu..Gemuk nanti!” Kata L.joe dengan nada bergurau serta
merta ketawe apabila melihat muka comel L ‘pouts’. “Yah L ! Belanja lah kami
sekali! Kau kan baru je menang pertandingan (Pemain gitar terhebat)! Share lah
sikit xD “ Seloroh Gongchan. “Yelah, aku belanja korang semua..” kata L sambil
tersenyum manis. “Yeah! L belanja! Yeah!” jerit JR sambil terlompat-lompat
keriangan diikuti dengan Sehun dan Baekhyun. Tetiba, Chanyeol ternampak sehelai
kertas putih yang menarik minatnya. Dia mencapai kertas itu dan mebacanya
dengan muka terkejut. “Eh korang!! Tengok ni! Tengok ni! Kat Bandar ada
pertandingan berkumpulan lah! Jum masuk nak tak? “ Kata Chanyeol dengan
gembira. “Hmm ape kata kita menari sambil menari, nak tak? Alahh macam artis
KPOP tu! Aku teringin sangat nak jadik macam dorang” Kata Sungjae dengan nada serba
salah. “Ye tak ye lah. Aku minat menari sejak kecil lagi. Korang pun sama jugak
kan? Kalau bukan sebab menari dan minat yang sama, kita semua takkan jadik
kawan baik sampai sekarang. Kan? “ Kata Sehun sambil menumbuk bahu Sungjae
perlahan. “Boleh jugak! Okay! Dah settle! Kita masuk pertandingan ni dengan
modal menari sambil menyanyi.” Kata JR sambil melompat-lompat. “Tapi..L bermain
gitar..” Kata GongChan perlahan. Kesemua
pasang mata itu terumpu pada L. “Korang ingat aku tak boleh
menari macam korang ke?” Kata L dengan nada berkecil hati. “Mian L! Kitorang
tak tau pun. Ingat pandai main gitar je xD “ Kata mereka keriangan. Suasana di
kantin yang dingin kerana kepenatan tadi betukar kepada riuh rendah dengan
hadirnya kehadiran 9 sekawan ini.
Keesokkannya..
Di bilik music, mereka tekun berlatih sempena hari pertandingan
itu. Dengan kepandaian L bermain gitar, JR sebagai penulis lirik lagu yang akan
dinyanyikan pada hari pertandingan tersebut dan jugak sebagai rapper, begitu
jugak dengan L.joe diikuti dengan Minhyuk, Sungjae dan Baekhyun sebagai vokalis
utama kerana kemerduan suara mereka dan GongChan dan Chanyeol sebgai
‘chorographer’ dan back-up dancer Sehun, kini Childish Naughty tercipta sifat
sifat ‘Childish’ dan ‘Nakal’ mereka. Selepas pulang dari sekolah sahaja, mereka
pasti akan berkumpul di bilik music itu kerana bilik itu mempunyai banyak
kenangan mereka bersama DongWoon suatu ketika dahulu. Selepas penat berlatih,
di banglo milik kepunyaan Dongwoon itulah tempat mereka berkongsi cerita, bergelak
ketawa bersama. Sejak Dongwoon pergi, mereka bagaikan hilang ‘bapa’ mereka.
Tetapi, kata semangat dari L.Joe mampu memberikan mereka ‘kehidupan’ mereka
seperti selalu. Seperti yang dijanjikan, sejak Dongwoon pergi ke London,
perangai suka ‘ponteng kelas’ telah berkurang. Cikgu-cikgu di sekolah juga
terkejut akan perubahan mereka. Sejak itu, mereka tekun belajar bersama di
dalam kelas.
Tiba di hari pertandingan..
“Aishhh! Korang! Aku nervous lah! Korang camane?” Kata Sungjae
sambil mengelap peluh di dahinya tak henti. Begitu jugak dengan GongChan dan
Minhyuk yang kelihatan amat gelisah. “Rilex la woi! Kita dah berlatih kan?
Ingat kata DongWoon Hyung dulu, jangan cepat mengalah?” Kata L.joe kepada
mereka. Hanya Sehun yang kelihatan tenang dengan muka selambanya itu berdiri
sambil melihat persembahan kumpulan lain. Hatinya gelisah kerana persembahan
daripada kumpulan kumpulan yang lain itu sangat mantap dan bertenaga sekali.
“Huuuhhh hensem korang semua hari ni. Selalu selekeh jer xD” Kata Chanyeol cuba
meriahkan suasana. “Ehh kitorang memang handsome dari dulu lah! Dahlah
handsome, cute pulak tu xD” Kata L sambil membuat muka tak bersalahnya
membuatkan semua orang ketawa. Tetiba, pengacara majlis pertandingan itu
menyebut nama kumpulan mereka dengan lantang. “SEKARANG! DIPERSILAKAN PULA
“NAUGHTY CHILDISH” DARI SEKOLAH KIRIN HIGH SCHOOL~!! “ Mereka semua naik ke
pentas dengan hati yang gementar. Kelihatan penonton jugak menjerit kerana
‘kekacakkan dan kecomelan’ mereka. L duduk di belakang untuk bermain gitar
sementara yang lain pula berdiri. Music yang direka oleh JR yang bertajuk
Beautiful Baby Face itu dimainkan. Dimulakan dengan suara lantang Chanyeol yang
merupakan vocalist kumpulan Naughty Childish. Penonton tidak pernah jemu dengan
nyanyian Chanyeol kerana wajahnya yang cute itu. Selepas itu, giliran
Baekhyun dan Sungjae pula memeriahkan suasana dengan suara yang boleh
membuatkan ramai penonton tidak berhenti menjerit. Tanpa mempedulikan jeritan
penonton, mereka menyanyi sambil menari dengan penuh semangat. Tiba pula
giliran JR untuk ‘rap’ diikuti dengan L.joe ‘rap’ berbahasa Inggeris dan
back-up rapper dorang, Minhyuk. Penonton terutamanya di kalangan wanita
menjerit tidak henti-henti. Sekarang, tiba pula ‘maknae’ mereka Sehun untuk
menyanyi lagu penutup. Sebelum menyanyi, Sehun sempat mengeyitkan matanya
kepada penonton dan membuatkan remain wanita kena hysteria.
Selepas membuat persembahan, mereka turun dari pentas dengan
hati yang tenang dan puas hati kerana telah membuat peresembahan yang terbaik.
“Ehh daebak!! Ramai gila orang jerit! Debor aku bro!” Kata Sehun sambil
tersenyum riang. Dia berasa amat malu kerana mengenyitkan matanya ke penonton
tadi. “Kau la! Gy usya dorang pehal?” Kata L sambil menepuk dahinya sementara
yang lain ketawa tanpa henti melihat gelgat comel L. Ljoe dan Minhyuk
melepaskan nafas lega. Baekhyun meminta Sehun untuk membelikan mereka air
mineral. “Sehun-ah, belikan air tuk kitorang. Penat n haus nie”. “Alaaa taknak
lah!” Kata Sehun sambil memukul bahu Baekhyun dengan manja. “Haha! Sehun
aegyo~~!!” Jerit Chanyeol sambil melompat-lompat seperit budak kecil. Mereka
samua tertawa keriangan setelah penat membuat persembahan. Akhirnya, sikat
GongChan yang ala-ala matang itu yang membeli kan air 100plus untuk mereka.
“Gomawo Channie!” Kata Sehun sambil membuat muka tak bersalahnya.
Di akhir pertandingan itu, pihak juri yang professional telah pun
membuat keputusan. Mereka sabar menunggu keputusan dari pihak juri siapakah
yang layak memenangi anugerah itu. Mereka fikir mereka hanya mendapat tempat
saguhati di pertandingan tersebut, tidak disangkanya pengacara telah menyebut
nama Naughty Childish sebagai pemenang utama pertandingan itu. Mereka semua
menjerit keriangan dan melompat-lompat akibat terkejut dengan apa yang telah
didengar. “Woh! Kita menang weh! Kita menang!!” Jerit Baekhyun keriangan.
Mereka mendapat wang sebanyak 1 juta won berserta 3 buah hamper. Mereka tidak
henti-henti melompat kerana terlalu suka. Tiba-tiba, muncul suara yang amat
mereka rindui. “Chukkaeyo..”. Mereka berpaling ke belakang dan membulatkan
mata. “DongWoon hyung~~~!!!!” Mereka berlari ke arah Dongwoon dan memeluk
Dongwoon beramai-ramai dengan hati yang sebak dek kerinduan yang mendalam.
“Hyung! Bogoshipeoooo~~!!” Jerit mereka sambil menangis. “Rileks lah. Hyung
pergi tak lama pun. Hyung gembira sangat, korang menang! Tempat pertama woo!!
Hyung bangga dengan korang” Kata Dongwoon sambil menepuk bahu mereka. “Hyung!
Kami dah berpakat, kami nak jadik artis KPOP yang dikenali.” Kata JR kepada
Dongwoon dengan penuh bangga. Mereka telah melepak dirumah banglo kepunyaan
Dongwoon sambil berkongsi cerita Dongwoon di Perancis sambil mengadakan parti
kemenangan dengan hamper yang diperolehi sehingga larut malam.
Esoknya..
“Nae! Annyeong! L.joe imnida!” Kata L.joe selaku ketua kumpulan
Childish Naughty itu setelah menjawab panggilan telefon dari nombor dari sebuah
syarikat yang popular. Katanya, mereka telah melihat persembahan mereka di hari
Pertandingan Berkumpulan tersebut. Rupa-rupanya, peretandingan itu adalah untuk
mencari artis baru yang berbakat dalam bidang tarian dan nyanyian. Mereka amat
terkejut mendengar berita itu. Tidak disangka-sangka, mereka telah ditawarkan
untuk menjadi artis dibawah syarikat yang popular itu. “Ehh betul ke nie?!?!
Macam tak caya je!”. Kata Sungjae dan disambung pula dengan Minhyuk. “Aku
tengah mimpi ke ni weh?!”. “Aku! Aku! Aku!” Kata Chanyeol dengan gagap. “Betul
la weh. Kan dah dengar tadi kan?” Kat L.joe dengan riak yang tenang. “ Dongwoon
Hyung!!!” Jerit Sehun kebudak-budakan. “Ye, Hyung dengar lah. Tahniah lagi
sekali korang. Hyung bangga dapat adik-adik macam korang.” Kata Dongwoon. “Ape
kata, Hyung jadik manager kitorang nanti?” Kata JR yang agak merepek. Mereka
hanya ketawe keriangan dan terharu, kerana suatu hari nanti mereka akan
dikenali ramai. “Mulai hari ni, Childish Naughty akan berusaha
bersungguh-sungguh dan tidak akan mengalah dengan apa yang mendatang!!”
“Yeah!!” jerit mereka serentak sambil menuju kearah syarikat itu dengan
tersenyum lebar.
-TAMAT-
Watak-wataknya.
Son Dong Woon.
Ljoe Lee Byung Hun.
JR Kim Jong Hyun.
Yook Sungjae.
Lee Min Hyuk.
Oh Sehun.
Park Chanyeol.
Byung Baek Hyun.
Gong Chan Shik.
P/S :: Aku hanya tukang share sahaja . Nak tahu sapaa tulis , ni FB dia Lia Nany
No comments:
Post a Comment